
Adakah anda tahu tentang Perkemahan di hutan?
PENGENALAN
Berkhemah merupakan salah satu aktiviti rekreasi luar. Aktiviti perkhemahan ini telah menjadi popular sejak awal abad ke-20 an. Perkhemahan adalah salah satu program penting dalam persatuan remaja dan belia di seluruh dunia, seperti persatuan pengakap, kelab rekreasi dan lain-lain lagi. Aktiviti ini dilakukan untuk mengajar remaja dan belia hidup berdikari dan kerja berpasukan.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, ternyata masih terdapat sebilangan besar ahli Kelab Rekreasi yang tidak mempunyai ilmu dan kemahiran dalam melakukan aktiviti perkhemahan ini terutamanya dalam golongan wanita. Hal ini adalah disebabkan oleh kurangnya penekanan dan penglibatan dalama ktiviti tersebut dari peringkat rendah dan menengah lagi.
Objektif
Setiap ahli Kelab Rekreasi USM dapat meningkatkan kemahiran diri, mempelajari asas perkhemahan yang tepat dan meningkatkan tahap keyakinan diri mereka sebelum menyertai aktiviti perkhemahan.
Antara Lokasi Cadangan
Video Pengajaran
Penerangan Video
Pada bahagian ini, pelajar didedahkan dengan video yang menunjukkan proses atau langkah-langkah yang perlu diambil sebelum dan selepas melakukan aktiviti perkhemahan. Proses-proses yang dibuat untuk menyampaikan maklumat dibuat mengikut langkah-langkah yang ada dalam rajah heiraki yang telah dirangka dalam kertas kerja.
Pertama, adalah cara memilih barangan perkhemahan seperti mengenalpasti barangan perkhemahan, mengenalpasti barang keperluan diri dan mengenalpasti barangan lain. Kedua adalah bagaimana pelajar boleh mengikuti panduan perkhemahan yang di ajar. Diantara panduan yang diajar adalah bagaimana cara pemilihan tapak, cara mendapatkan bantuan, cara bagaimana membuat informasi lokasi dan pemantauan awal lokasi perkhemahan.
Ketiga adalah pelajar di pertontonkan dengan cara bagaimana pemasangan khemah dilakukan. Terdapat dua jenis khemah diajar melalui video ni iaitu cara pemasangan khemah jenis Ridge dan Dome. Keempat, pelajar dipertontonkan dengan cara bagaimana untuk memastikan keselamatan khemah terjaga dan berada dalam keadaan selamat. Disini pelajar dapat mengenalpasti darimana punca api terjadi dan dapat melakukan sesuatu yang boleh menjaga keselamatan khemah.
Akhir sekali, pelajar ditunjukkan bagaimana untuk menjaga kebersihan khemah, menjaga adab-adab samaada adab individu dan adab berkumpulan semasa aktiviti perkhemahan dijalankan dan berpengetahuan dan seterusnya dapat bertindak jika berlakunya sesuatu kecemasan.
![]() Gunung Nuang, Hulu Langat Selangor | ![]() Kg Merbau Menyusut, Setiu, Terenggan |
---|---|
![]() Hutan Lipur Lata Belatan, Besut | ![]() Lata Kijang Jelebu |
![]() Kampung Ulu Slim river ipoh | ![]() Hutan Lipur Sekayu terletak di Kuala |
![]() Taman Ulu Muda Eko - Kedah | ![]() Ulu Chepor, Perak |